Assalamualaikum...
Lama sangat dah x manja2 ngan blog ni...now is the rite time to get back into the blogging world. ;) ..Untuk pengetahuan semua(kepada yg nak tau je la hehe) Posted yg lama telah di delete dgn rela hati..bukan sbb nak lupe kisah lama..tapi biar la cerita ku di kongsikan dgn bermulanya satu perjalanan baru yg sedang aku lalui...mmg sayang dah bertahun buat blog ni n mcm2 kisah dah di sharekan...but demi Abi(SUAMI SAYA) tersayang..semuanya akan bermula kembali dengan Lembaran baru...so now tgh tgu pic kawin di hantar oleh photographer then baru bole mulakan cerita..n semoga kawan2 sahabat n family yg sentiasa nak share kan perkembangan saya sila tunggu....yang baik dikongsikan yg buruk ditelan tp akan di perbaiki...Privacy tetap ada terutamya setelah bergelar Isteri..tanggujawab menjaga Maruah suami..;) ape pun blog ni bukan untuk menceritakan kisah hidup aku semata tapi untuk berkongsi pengalaman yg bole dijadikan pengajaran and beberapa tips untuk kebaikkan bersama ok..so JUMPE LAGI...;)
May 28, 2012
Dec 29, 2011
Dec 20, 2011
10 tips berkongsi hidup dengan pasangan
Perkahwinan boleh menjadi satu perjalanan hidup yang menyeronokkan jika anda pandai untuk berkongsi hidup dengan pasangan anda. Berikut adalah 10 tip berkongsi hidup dengan pasangan anda.
Menjadi pendengar pada pasangan anda
Pinjamkan telinga anda pada pasangan anda. Apa sahaja yang pasangan anda utarakan anda perlu mendengar. Selain mendengar, anda perlu faham apa yang cuba di sampaikan dan ambil berat mengenainya walaupun perkara itu mudah.
Percaya
Sentiasa beri kepercayaan penuh pada pasangan anda. Jika anda menyayangi pasangan anda dengan sepenuh hati dan sentiasa tunjukkan sayang anda itu padanya, sudah pasti dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Perbaiki diri anda pada setiap masa dan percaya pada pasangan anda.
Sentiasa berkomunikasi
Jangan lakukan sesuatu perkara tanpa berbincang dengan pasangan anda. Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan anda walaupun hal tersebut remeh. Semakin kerap anda berkomunikasi, semakin rapat hubungan anda berdua.
Akui kesilapan dan bersikap pemaaf
Jika anda lakukan kesilapan, akui kesilapan anda itu. Jika pasangan anda lakukan kesilapan, maafkan dia. Tidak rugi jika anda bersikap pemaaf terhadap seseorang yang anda sayang.
Berkongsi impian
Di sebabkan anda berkongsi hidup dengan pasangan anda, anda juga boleh berkongsi impian anda bersama-sama dengan pasangan anda. Dengan ini hubungan anda berdua akan jadi lebih rapat kerana pasangan anda memahami anda.
Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain
Jangan bandingkan kehidupan anda berdua dengan kehidupan orang lain. Anda perlu fokus pada diri anda dan pasangan anda sahaja. Perbaiki yang mana kurang dan pupuk kasih sayang antara anda berdua. Jika anda mengikut gaya hidup orang lain, anda akan hilang fokus terhadap pasangan anda. Ini akan membuatkan pasangan anda marah dengan anda.
Pengurusan wangPastikan kedua – dua anda bekerjasama mengawal perbelanjaan wang rumah tangga. Ini barulah hidup berkongsi di mana kedua – dua orang bekerjasama menguruskan wang. Di sebabkan pasangan anda tahu situasi wang dan bagaimana anda berbelanja, dia akan lebih percaya pada anda. Ingat, pasangan biasanya bergaduh kerana wang berbanding perkara – perkara lain.
Masa berkualiti
Walaupun anda berdua sibuk dengan urusan masing – masing, pastikan anda berdua meluangkan masa secara berdua – duaan.
Jangan berhenti datingWalaupun anda sudah berkahwin, anda tidak perlu berhenti dating. Anda boleh teruskan aktiviti dating seperti biasa sebelum anda berkahwin. Anda boleh pergi melancong bersama – sama, menonton wayang bersama – sama dan bersiar – siar di taman bersama – sama.
Berkorban
Apabila anda berkongsi hidup, anda perlu utamakan pasangan anda dari diri anda sendiri. Anda perlu korbankan kehendak diri anda sendiri dan utamakan pasangan anda. Apabila kehendak pasangan di penuhi, barulah anda fokus pada kehendak diri sendiri. Jika tidak, anda mula pentingkan diri sendiri yang akhirnya akan mejarakkan hubungan anda berdua.

Dec 19, 2011
Doa utk pasanganku
Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku.
Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu
Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati
Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkannya kepada aku
Dan rezekikan kami zuriat yang soleh yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia
Ya Allah jadikan antara kami berdua sebagaimana antara Ali dan Fatimah
Ya Allah satukan hatiku dengan hati-hati ahli keluarganya dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pemurah
Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku
Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya
Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannya
Jadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku
Ya Allah jadikanlah aku di matanya hebat dan jadikanlah ia di mataku kecil
Ya Allah bukakanlah antaraku dan suamiku dan ahli keluarganya sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembuka
Ya Allah yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat, himpunkan aku dan suamiku dalam kebaikan
Ya Allah Engkau jadikan aku sebagaimana yang ia sayangi dan jadikan ia sebagaimana yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang Engkau sayangi
Ya Allah Engkau jadikan hati suamiku tergantung kepadaMu dan kemudian tergantung kepada rasulMu dan kemudian kepadaku
Ya Allah Engkaulah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam kesusahanku,
Jadikanlah kegarangannya terhadapku suatu kesejukan dan keselamatan sebagaimana engkau jadikan api ke atas Nabi Ibrahim suatu kesejukan dan keselamatan
Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha
Ya Allah Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai dan Engkau sentiasa bersamaku
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah
Oct 17, 2011
Bukit Ampang...
Thnx syg bawa jalan2 makan2...isya seronok dpt praktis camera baru dia...after this dont enjoy food too much....target2..)
Sep 21, 2011
Jul 26, 2011
Jul 6, 2011
Checklist Tunang2
Semalam sedikit ketegangan berlaku..hehehe actually bukan la ape sgt just sedikit perbezaan pendapat dgn Mak tersyg...semua persiapan tunang nampaknya mak nak uruskan...aku risau kesihatan mak jer...aku tgk mak mcm blom buat checklist tapi masa dah nak dekat sbb aku x suke last2 minit...but mak cakap checlist mak sume dlm kepala...mak sangat cool sampai x nampak lansung kerisauan..so skang yang risaunya aku la...sbb aku takut ada benda last minit yang akan membuat mak risau nanti darah tinggi pun naik..but i trust on u mak...Tq to my Luvly Mr Teddy for problem solving....so dipendekkan cerita aku x dpt share checklist tunang ngan korang sbb semua ada dlm kepala mem...but pasal make up..pelamin mini and baju tunang ...Mr Teddy tgh survey2..tq syg...aik habis keje aku ape skang ni? adoii..ok skang aku uruskan brg2 hantaran la...hehe anyway nerves nyaa....
Checklist Tunang ...stress stress
Ok skang keadaan agak sedikit stress....aku dah x tau nak luah kat saper..rasa mcm nak jerit pun ada...kenapa aku rasa stress bile pikir majllis tunang ni...may be sbb xder satu pun dlm checklist aku dah settlekan...sebab semua mak nak uruskan...tapi sempat ke mak nak buat semua tu sendiri...aku risau bln puasa nanti dah xder tempahan untuk ape2 event..hantaran..baju...catering..sempat ker mak aiii.....dah la tu make up tunang nanti pun aku rasa kena make up sendiri sbb mak nak cut cost...aku x tau la ape yg penting n ape yang x penting..mak kate make up tu biasa2 jer x payah upah org..amboi mak ai..senangnya cakap..adoi...mood dah lari ni..mcm mana nak kejar...harap2 ape yg mak plan tu menjadi la..kalo salah plan habis lari trus mood aku..almaklum la anak pertama dia nak kenduri...so may be ada yg mak terlepas pandang...Ya Allah permudah kan la segala urusan kami....Amin.
Jul 3, 2011
1st Ring
Semalam tarikh keramat secara formal dirisik oleh MrTeddy....2 Julai 2011...Tq sebab kehadiran anda and family yer MrTeddy...Wish Two of us...Happy Together till the end....Semoga Jodoh ni diberkati Allah kan kan..Amin.....Kepada semua ni la cincin yang dihantar bukan mau menunjuk tapi sekadar kongsi ...Nurul Nabila my cousin nak sgt tgk kan..so this is shown to u...;) so mulai hari ni dah start membzkan diri untuk checklist tunang yer...perghhhh dari mana nak start ni....
Jun 1, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
Search This Blog
Total Pageviews
Followers
Family
Love
Labels
- Other Tips (1)
Popular Posts
-
Semalam tarikh keramat secara formal dirisik oleh MrTeddy....2 Julai 2011...Tq sebab kehadiran anda and family yer MrTeddy...Wish Two of us...
-
Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggi...
-
Assalamualaikum... Lama sangat dah x manja2 ngan blog ni...now is the rite time to get back into the blogging world. ;) ..Untuk pengetahuan...