Commercial Break

Search This Blog

Loading...

Total Pageviews

Followers

Family

Family

Love

Love

Popular Posts

Blog Archive

Dec 20, 2011

10 tips berkongsi hidup dengan pasangan

Perkahwinan boleh menjadi satu perjalanan hidup yang menyeronokkan jika anda pandai untuk berkongsi hidup dengan pasangan anda. Berikut adalah 10 tip berkongsi hidup dengan pasangan anda.

Menjadi pendengar pada pasangan anda
Pinjamkan telinga anda pada pasangan anda. Apa sahaja yang pasangan anda utarakan anda perlu mendengar. Selain mendengar, anda perlu faham apa yang cuba di sampaikan dan ambil berat mengenainya walaupun perkara itu mudah.
Percaya
Sentiasa beri kepercayaan penuh pada pasangan anda. Jika anda menyayangi pasangan anda dengan sepenuh hati dan sentiasa tunjukkan sayang anda itu padanya, sudah pasti dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Perbaiki diri anda pada setiap masa dan percaya pada pasangan anda.
Sentiasa berkomunikasi
Jangan lakukan sesuatu perkara tanpa berbincang dengan pasangan anda. Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan anda walaupun hal tersebut remeh. Semakin kerap anda berkomunikasi, semakin rapat hubungan anda berdua.
Akui kesilapan dan bersikap pemaaf
Jika anda lakukan kesilapan, akui kesilapan anda itu. Jika pasangan anda lakukan kesilapan, maafkan dia. Tidak rugi jika anda bersikap pemaaf terhadap seseorang yang anda sayang.
Berkongsi impian
Di sebabkan anda berkongsi hidup dengan pasangan anda, anda juga boleh berkongsi impian anda bersama-sama dengan pasangan anda. Dengan ini hubungan anda berdua akan jadi lebih rapat kerana pasangan anda memahami anda.
Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain
Jangan bandingkan kehidupan anda berdua dengan kehidupan orang lain. Anda perlu fokus pada diri anda dan pasangan anda sahaja. Perbaiki yang mana kurang dan pupuk kasih sayang antara anda berdua. Jika anda mengikut gaya hidup orang lain, anda akan hilang fokus terhadap pasangan anda. Ini akan membuatkan pasangan anda marah dengan anda.
Pengurusan wangPastikan kedua – dua anda bekerjasama mengawal perbelanjaan wang rumah tangga. Ini barulah hidup berkongsi di mana kedua – dua orang bekerjasama menguruskan wang. Di sebabkan pasangan anda tahu situasi wang dan bagaimana anda berbelanja, dia akan lebih percaya pada anda. Ingat, pasangan biasanya bergaduh kerana wang berbanding perkara – perkara lain.
Masa berkualiti
Walaupun anda berdua sibuk dengan urusan masing – masing, pastikan anda berdua meluangkan masa secara berdua – duaan.

Jangan berhenti datingWalaupun anda sudah berkahwin, anda tidak perlu berhenti dating. Anda boleh teruskan aktiviti dating seperti biasa sebelum anda berkahwin. Anda boleh pergi melancong bersama – sama, menonton wayang bersama – sama dan bersiar – siar di taman bersama – sama.


Berkorban
Apabila anda berkongsi hidup, anda perlu utamakan pasangan anda dari diri anda sendiri. Anda perlu korbankan kehendak diri anda sendiri dan utamakan pasangan anda. Apabila kehendak pasangan di penuhi, barulah anda fokus pada kehendak diri sendiri. Jika tidak, anda mula pentingkan diri sendiri yang akhirnya akan mejarakkan hubungan anda berdua.

Dec 19, 2011

Doa utk pasanganku




Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku.


Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu


Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati


Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkannya kepada aku


Dan rezekikan kami zuriat yang soleh yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia


Ya Allah jadikan antara kami berdua sebagaimana antara Ali dan Fatimah


Ya Allah satukan hatiku dengan hati-hati ahli keluarganya dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pemurah


Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku


Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya


Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannya


Jadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku


Ya Allah jadikanlah aku di matanya hebat dan jadikanlah ia di mataku kecil


Ya Allah bukakanlah antaraku dan suamiku dan ahli keluarganya sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembuka


Ya Allah yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat, himpunkan aku dan suamiku dalam kebaikan


Ya Allah Engkau jadikan aku sebagaimana yang ia sayangi dan jadikan ia sebagaimana yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang Engkau sayangi


Ya Allah Engkau jadikan hati suamiku tergantung kepadaMu dan kemudian tergantung kepada rasulMu dan kemudian kepadaku


Ya Allah Engkaulah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam kesusahanku,


Jadikanlah kegarangannya terhadapku suatu kesejukan dan keselamatan sebagaimana engkau jadikan api ke atas Nabi Ibrahim suatu kesejukan dan keselamatan


Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha


Ya Allah Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai dan Engkau sentiasa bersamaku


Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah

Oct 17, 2011

Bukit Ampang...

Thnx syg bawa jalan2 makan2...isya seronok dpt praktis camera baru dia...after this dont enjoy food too much....target2..)







Sep 12, 2011

Madu membantu pengurangan berat badan

Seperti entry sebelumnya aku ada postkan pasal minyak zaitun. Kelebihan minyak zaitun salah satunya menguruskan badan dan bagus utk proses membuang toksin. Nasihat daripada seorg pakar perubatan , mengamalkan satu sudu madu yang dikacau dgn air suam dua kali sehari dpt mengurangkn berat badan. Satu sudu minyak zaitun bersama air suam juga diminum dgn cara yang sama dua kali sehari. Dri pada pengalaman seorang pengguna , beliau kehilangan 15 kg dalam masa 3 bulan dalam masa yg sama beliau mengurangkan jumlah pengambilan kabohidrat n lemak.  So selamat Mencuba ! sebarang pertanyaan atau khidmat nasihat boleh bagi comment yer ;)

Khasiat Madu
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.

f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.

j) Baik untuk perempuan bersalin.

k) Membantu/menerangkan pemandangan.

NOTA: Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti. Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri




Madu n Oil Live Oil Bakar lemak diwaktu raya...

Minyak Zaitun Untuk Turunkan Berat Badan
Minyak zaitun dikenali sebagai sebahagian daripada diet yang sihat. Penyelidikan terbaru di Kolej Beloit di Wisconsin melaporkan bahawa mengambil 1 sudu teh setiap hari mampu menolong mereka yang ingin menurunkan lemak sehingga 1 lbs seminggu. Minyak zaitun berasal dari pokok zaitun (Olea europaena) dan merupakan tanaman Mediterranean tradisional.

Bagaimana Minyak Zaitun Bekerja?
Minyak Zaitun adalah sumber lemak yang baik dan telah terbukti untuk membakar tiga kali lebih cepat daripada lemak tak baik seperti lemak trans yang dijumpai dalam produk-produk komersial makanan. Kandungan asid oleik dalam minyak zaitun merupakan komponen yang dipercayai bermanfaat sebagai penentang lemak. Ia membantu supaya tisu-tisu lemak berhenti mengambil lemak di dalam salur darah. Hal ini juga membantu sel-sel lemak dengan mengeluarkan lemak yang disimpan ke dalam aliran darah sehingga boleh dibakar.
Dalam pencernaan, asid oleik ditukarkan ke OEA, hormon melawan kelaparan. OEA meransang sel-sel saraf dan memberitahu otak anda bahawa anda telah penuh. Menurut kajian, mereka yang mengambil satu sudu teh minyak zaitun ketika sarapan mampu meningkatkan metabolisme badan sehingga 60% berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Minyak zaitu diyakini membakar dengan cepat dan menghasilkan peningkatan metabolisme. Para penyelidik dalam kajian ini mengesyorkan mengambil satu sudu minyak zaitun di waktu pagi dengan perut kosong.



Kebaikan Minyak Zaitun
Menurut Klinik Mayo, minyak zaitun adalah pilihan yang sihat dalam lemak. Ia mengandungi lemak tak tepu yang mana dapat menurunkan kadar kolesterol tak baik (LDL) dalam darah. Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) melaporkan bahawa kira-kira 2 sudu minyak zaitun setiap hari (23 gram) dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

Apakah Jenis?
Terdapat pelbagai jenis minyak zaitun di pasaran. Carilah yang ada tulis ‘extra virgin’ atau ‘virgin’. Ini adalah yang paling baik untuk kesihatan jantung kerana ia mengandungi tahap polyphenol yang tinggi, satu antioksidan yang kuat untuk kesihatan jantung. Jika sukar nak menelan minyak zaitun, boleh campurkan dalam salad. Selamat mencuba.

Open House Raya 2011






Jalan2 Hari raya

Raya ke tiga kami berjalan ke teluk batik n taman paya bakau lumut..;)



Aug 3, 2011

4 amalan utama digalakkan dalam bulan Ramadhan

"wahai org2 yang beriman, telah wajib ke ats kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke ats umat2 terdahulu"

Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu :

1) melazimkan bacaan kalimah taiyibah



dlm satu hadis, dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah iaitu "Laa ilaha illallah" dengan seikhlas hati maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya.



2)beristighfar





digalakkan juga beristighfar kerana Allah berjanji akan memberi kita

jalan keluar dari kesukaran dan membebaskan dari kesedihan. malah

insyaAllah akan memperolehi rezeki dari sumber yang tidak pernah

disangkakan.



3)memohon memasuki jannah



Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga:



"Allahhumma as'alukal jannata wa z'izubika minarnnar"



4)berlindung dengan-Nya daripada neraka Jahannam

Jul 27, 2011

TIPS MENGURANGKAN BERAT BADAN DI BULAN PUASA


1. Ramadhan merupakan satu peluang untuk mengurangkan berat badan bagi mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Amalan pemakanan sihat yang disarankan bagi mengurangkan berat badan ialah:



• Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula, minyak serta lemak. Makanan ini mengandungi tinggi kalori. Jika anda tidak dapat menahan diri daripada mengambil makanan ini, ambillah dalam kuantiti yang sedikit.



• Hadkan pengambilan air manis seperti air sirap atau kordial. Utamakan pengambilan air kosong dan jus buah-buahan yang tidak ditambah gula. Susu rendah lemak juga merupakan pilihan minuman yang baik.



• Beri perhatian pada saiz hidangan anda. Kebiasaannya, kita akan makan dengan banyak apabila terlalu lapar. Oleh itu sentiasa ingat untuk mengekalkan saiz hidangan yang kecil, walaupun mengambil makanan yang rendah lemak.



• Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan ini bukan sahaja mengenyangkan, malah boleh meningkatkan pengambilan serat harian anda.



• Jangan lupa untuk melakukan senaman ringkas. Berpuasa bukan alasan untuk anda tidak melakukan senaman.

Tips Sihat ketika puasa

Bulan Puasa semakin hampir..so bersedia utk kekal sihat dan tampil cergas di bulan puasa...byk lagi lepas ni tips2 akan dikongsi kan sempena bulan puasa..so selamat membaca..;)

A) TIPS BERBUKA PUASA




1. Pengambilan makanan di bulan puasa tidak seharusnya berbeza daripada bulan-bulan yang lain. Pemakanan kita sepatutnya dapat membekalkan tenaga, vitamin dan mineral yang sepatutnya agar dapat menjalankan tugas-tugas harian seperti biasa. Makan secara sihat di bulan puasa adalah penting untuk menghindar beberapa masalah kesihatan yang biasa berlaku di bulan puasa seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, pedih ulu hati dan kandungan gula rendah dalam darah. Ia juga penting untuk membolehkan seseorang itu berpuasa dengan selesa dan mendapat fadhilat yang sewajarnya di bulan puasa. Oleh itu, makanlah secara sederhana dan pastikan pengambilan makanan yang seimbang untuk kekal sihat di bulan puasa.



2. Walaupun berpuasa, kita tetap perlu mengamalkan asas makan secara sihat iaitu makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang. Kita mesti mengambil makanan dari semua kumpulan makanan berasaskan Piramid Makanan Malaysia. Ini kerana tidak ada satu makanan yang dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita. Makanan kita mestilah mengandungi kumpulan-kumpulan makanan berikut :



a. Nasi, roti, bijirin dan hasil bijiin.

b. Buah-buahan dan sayur-sayuran

c. Ikan, ayam, daging dan kekacang

d. Susu dan produk tenusu

e. Sedikit minyak, lemak, gula dan garam



3. Jangan makan secara berlebihan sewaktu berbuka puasa. Ini kerana setelah seharian berpuasa, aktiviti gastrik di dalam perut akan menurun pada tahap yang minimum. Apabila kita mengambil makanan semasa berbuka puasa, aktiviti gastrik akan meningkat. Kebiasaannya kita akan mengambil makanan yang banyak sewaktu berbuka puasa. Ini akan menyebabkan peningkatan asid yang terlalu mendadak. Keadaan ini akan mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh menjejaskan kesihatan. Oleh itu, makanlah makanan yang ringan terlebih dahulu sewaktu berbuka puasa untuk mengelakkan peningkatan aktiviti gastrik yang mendadak. Ia juga dapat mengurangkan masalah semasa berpuasa dan kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.



4. Mengikut Sunnah, adalah digalakkan mengambil 3 biji buah kurma sebagai makanan pertama sewaktu berbuka puasa. Kurma bukan sahaja kaya dengan tenaga, tetapi juga mengandungi serat, vitamin dan mineral. Kemudian diikuti dengan ½ cawan jus buah-buahan. Selepas itu bolehlah mengambil 1 mangkuk kecil sup sayur berserta dengan 1 atau 2 keping roti. Pengambilan makanan ini dalam kuantiti yang betul boleh mengembalikan paras gula yang rendah dalam darah kepada paras normal. Walau bagaimanapun, hadkan pengambilan makanan yang manis seperti kuih-muih manis, kek dan air manis dalam kuantiti yang berlebihan sewaktu berbuka puasa. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula secara berlebihan, boleh mengakibatkan peningkatan berat badan walaupun di bulan puasa.



5. Makan malam yang lebih berat adalah digalakkan sebaik sahaja selepas mengerjakan solat Maghrib. Hidangan makan malam yang disarankan ialah 1 ½ cawan nasi putih, 1 ketul ikan atau ayam, 1 cawan sayur campur. Jika boleh, elakkan makanan yang berminyak dan bersantan. Ambil buah-buahan serta lebihkan minum air kosong. Hidangan lewat malam atau moreh, boleh di ambil jika perlu. Elakkan mengambil makanan yang berat, cukuplah sekadar snek ringkas seperti kacang, sandwic, yoghurt, roti, biskut, 1 atau 2 ketul kuih dan 1 gelas susu. Lebihkan mengambil air kosong. Pengambilan makanan yang berat seperti mi atau nasi mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh mengganggu tidur anda.



6. Sembelit di bulan puasa merupakan masalah yang mungkin boleh berlaku di bulan puasa. Ia berlaku disebabkan kita kurang minum air, kurang mengambil makanan yang berserat serta makan banyak makanan terproses. Sekiranya anda mengalami masalah ini, tingkatkan pengambilan air, buah-buahan serta sayur-sayuran. Pastikan anda mengambil 6-8 gelas air, 3 hidangan sayur-sayuran dan ½ cawan sayursayuran serta 2 biji buah sehari. Pengambilan air juga boleh di ambil dalam bentuk jus buah-buahan ataupun sup sayur-sayuran. Untuk mengelakkan kehilangan air dari badan, kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein seperti teh, kopi atau minuman berkarbonat. Kurangkan kekerapan mengambil makanan segera yang tinggi kandungan lemak dan garam. Selain daripada itu, lakukan juga senaman ringan seperti regangan dan berjalan. Ini adalah penting untuk kelancaran sistem penghadaman.

Kenapa lelaki mudah turun berat badan

Wahai wanita2..sila ambil perhatian....;)

1. Dia tidak ‘mengidam’ makanan manis.Bagi kebanyakan wanita, mereka mengidamkan makanan seperti aiskrim dan coklat, tetapi kebanyakan lelaki mengidamkan jenis makanan seperti stik. Kajian dari Cornell University mendapati wanita kebanyakannya akan mencari makanan yang manis untuk mengurangkan tekanan manakala lelaki lebih cenderung untuk makan makanan seperti daging di masa-masa tertentu. Kenapa ini memberi kelebihan kepada lelaki? Ini kerana mereka makan makanan yang mengandungi protein, mengenyangkan, dan mengelakkan makan secara berlebihan jauh lebih baik dari kek coklat yang wanita sukakan.

Jika anda mengidamkan sesuatu pencuci mulut atau manisan juga, cuba gabungkan makanan berkhasiat seperti protein tinggi dengan chocolate chips ataupun kacang badam.

2. Dia tidak berasa stress dan marah apabila gagal menurunkan berat badan.Jika anda seorang wanita, anda pasti akan tertekan dan memikirkan yang anda telah gagal. Kemudian anda mula mengurung diri di dalam rumah untuk mengasingkan diri dari orang lain. Dan bagaimana pula situasi lelaki yang menghadapi masalah yang sama? Dia mungkin masih boleh tersenyum sambil menikmati snek di depan televisyen. Kemudian, dia kembali meneruskan usahanya untuk mengurangkan berat badan tanpa rasa kecewa dan marah.

Untuk mengelakkan mentaliti sebegini terjadi, cuba laksanakan panduan 80% kaum lelaki. Kebanyakan lelaki akan mengelakkan apa jua perkara yang menghalang kesempurnaan, dan perkara yang sama dilaksanakan dalam diet mereka juga. Apabila wanita mula berdiet, mereka berusaha dari 0 ke 100, dan mereka menjadi ‘sempurna’ dalam masa semalaman, dan itulah sebenarnya ciri kegagalan. Itulah sebabnya panduan 80% ini diwujudkan iaitu cuba capai target penurunan berat badan sebanyak 80% setiap hari yang anda boleh.

Sehingga pada suatu hari, ia akan menjadi 120% kerana anda akan membiasakan diri anda. Untuk hari-hari tertentu seperti PMS anda mungkin akan mencapai 50% ataupun 20% daripada target. Tiada masalah asalkan purata pencapaian anda untuk hari itu mencapai 80%.

3. Dia membuat latihan angkat beratApabila kaum lelaki pergi ke gim, mereka selalunya akan memilih jenis latihan angkat berat yang membuat mereka berasa kagum jika melihat orang lain melakukan latihan angkat berat tersebut. Membina otot dalam masa yang singkat, menggunakan banyak otot dalam satu masa. Manakala bagi wanita, mereka akan memilih dumbell yang ringan dan membuat latihan yang sempurna tetapi dalam jumlah yang sedikit.

Jadi, ketepikan berat ‘Barbie’ itu. Jika anda melakukan dua set 12-15 pengulangan angkat berat, beban yang anda angkat mungkin terlalu ringan. Oleh itu, cuba pilih beban yang anda boleh angkat hanya dalam lingkungan 8 – 10 pengulangan. Apabila badan anda sudah terbiasa dengan 10 kali pengulangan, kemudian cuba tambah berat beban sehingga anda boleh membuat 3 kali pengulangan sahaja. Sekiranya anda mengamalkan latihan ini, anda akan dapat lihat otot di bahagian bawah lengan akan bertambah dan tisu-tisu lemak akan berkurangan.

4. Dia tidak menggunakan makanan sebagai terapi.Wanita juga mengalami tekanan perasaan seperti lelaki. Mereka selalunya akan makan dengan banyak ketika tertekan. Kemudian, mereka berasa brsalah kerana makan bertalu banyak dan menjadi lebih tertekan sehingga mempengaruhi untuk makan dengan lebih banyak lagi. Tetapi lelaki tidak fikir yang makanan boleh meningkatkan kembali mood mereka. Anda juga harus lah begitu.

Tetapi lelaki tidak fikir yang makanan boleh meningkatkan kembali mood mereka. Anda juga harus lah begitu.

Hentikan tabiat sebegini dan cuba kenalpasti apakah keperluan di sebalik kehendak anda itu. Cuba letakkan keinginan untuk makan yang timbul itu dari 1 hingga skala 10. Jika skalanya adalah 8, cuba lihat apa yang menyebabkannya menjadi 8. Adakah anda kena marah dengan boss di pejabat? Atau anda dikejar anjing jiran?

Dengan menyesuaikan skala tersebut dengan tahap keinginan anda untuk makan dan tahap tekanan yang anda hadapi, lama-kelamaan anda akan belajar bagaimana untuk mengetahui bahawa anda sebenarnya lapar atau hanya untuk merawat perasaan anda yang ‘terluka’ itu. Dengan mengamalkan langkah sebegini, anda akan lebih bijak memilih apa yang anda ingin suapkan ke mulut anda.

5. Dia meluahkan rasa marahnya.Orang lelaki kebanyakannya memilih untuk melakukan sesuatu aktiviti yang lebih ‘fizikal’ untuk melepaskan kemarahan mereka seperti berlari atau kickboxing. Manakala kebanyakan wanita cenderung untuk ‘menelan’ segala masalah yang mereka hadapi dengan pelbagai jenis makanan ! Oleh itu, jika anda berasa marah, cuba anda biasakan diri dengan melakukan sesuatu aktiviti yang boleh mengubati kemarahan anda selain MAKAN. Anda boleh berlari di tepi pantai atau mungkin berjalan-jalan di kawasan taman rekreasi berdekatan untuk menenangkan fikiran anda.

6. Dia meluangkan masa untuk dirinya sendiri Bila orang lelaki ni marah-marah, dia tak terus pergi ke peti sejuk macam kebanyakan orang perempuan. Diorang tak cari coklat ke, aiskrim ke untuk sejukkan hati mereka. Tapi kalau wanita sedang marah, mereka sanggup ambil cuti kerja! Bagi kebanyakan wanita, satu-satunya sumber hadiah atau penawar kepada kemarahan mereka adalah makanan (BACA: selain shopping, of course!).

Oleh itu, apa kata bermula hari ini luangkan masa satu jam untuk diri anda sendiri. Berikan diri anda hadiah atau ubati kemarahan anda dengan perkara lain yang lebih berfaedah seperti meluangkan masa di kempleks membeli-belah untuk window shopping. Anda juga boleh mengajak rakan-rakan anda ke spa atau saloon bersama-sama sambil update gossip terbaru.

7. Dia tak pernah berpantang makanan!Apabila wanita sedang berdiet, mereka berpantang makanan-makanan tertentu sehingga mereka tidak tahan untuk melanggar pantang yang mereka cipta sendiri. Kemudian, mereka akan makan macam tak ingat dunia ! Kajian mengenai perbezaan makanan dan diet pada lelaki dan wanita di Austria mendapati pendekatan kaum lelaki terhadap khasiat sesuatu makanan tidak rumit dan lebih selesa untuk diamalkan. Mereka masih lagi makan snek semasa menonton televisyen tetapi mereka akan makan dengan kuantiti 1/3 daripada kuantiti yang mereka biasanya ambil. Kajian di US pula mendapati secara purata, wanita yang sedang berdiet selalunya akan makan secara berlebihan selepas berdiet dengan beranggapan yang mereka akan meneruskan diet tersebut supaya kurang rasa bersalah terhadap diri sendiri.